Posts

Showing posts from November, 2013

Koleksi masakanku

Image
Antara makanan kegemaranku; nasi minyak dengan ayam masak merah. Saya tidak gemar masak ayam dengan menggoreng terlebih dahulu tetapi saya suka rebus dengan cili giling sehingga masak. Kemudian baru saya masak merahkan ayam itu. Nasi minyak lagi dengan tambahan meletakkan pewarna merah. Mee goreng mamak Suka sangat spaghetti creamy carbonara. Cuba masak tetapi tidak sama macam kat pizza hut. Kena cuba usahakan lagi.  Masakan tengah hari; ayam masak merah, sambal bilis dan sayur masak air Nasi goreng ikan Ayam Kentucky, terung goreng dan petai jeruk Mee goreng Bihun sup. cili padi kena lebih. Masak gulai daging tanpa santan Spaghetti Bolognese  Bihun kari goreng Jeput bawang Jeput pisang Kacang goreng dan gulai kurma ayam  Simple saja masak daging kicap Meggi goreng perencah idea sendiri Mee goreng dengan bebola daging Spaghetti carbonara musshroom Gulai ayam dengan salad Kari ikan dan ayam masak kicap

Permata Hati Hidupku

Image
Selamat menyambung pelajaran buat adik ku.. 10 September 2013..Bawa pulang dengan kejayaan untuk diri dan keluarga..  Sayangi keluarga kerana mereka tiada galang gantinya kepada perkara- perkara yang lain. Rasa kasih sayang terhadap keluarga membuatkan diriku terdorong untuk mendapatkan restu mereka dalam setiap keputusanku. Bukan kerana tidak berani untuk membuat keputusan sendiri tetapi biarlah  setiap perkara itu mereka tahu dan mendapat keizinan mereka agar segalanya berjalan lancar. Mungkin dalam usia 29 tahun ini keputusan yang aku pilih ini tepat dan juga direstui keluarga serta diberkati Allah..  Family gathering My lovely mum and dad.

Lawatan Akademik ke Johor

Image
Ini merupakan kali ketiga saya datang ke Johor. Pertama kali datang pada usia 11 tahun bersama keluarga, kali kedua pula semasa saya mengikuti rakan-rakan universiti membantu mangsa - mangsa banjir pada tahun 2006 (kalau tidak silap tahun). Yang menariknya tahun ini saya tiba lagi ke Johor    sebagai pegawai pengiring untuk program   Lawatan Akademik ke Johor. Kehadiran kali ini saya perlu memikul tanggungjawab menjaga pelajar-pelajar OKU. Walaupun mereka telah berusia 18 tahun ke atas tetapi kami masih perlu menjaga mereka seperti menjaga pelajar kanak-kanak kerana pemikiran mereka berbeza dengan rakan-rakan normal seusia mereka. Kehadiran kami disambut dengan sangat meriah oleh tempat-tempat yang dilawati. Urusan perjalanan kami sepanjang lawatan dipermudahkanNya walaupun terdapat juga masalah- masalah kecil yang masih boleh ditangani. Lawatan pertama ialah di Taman Cendawan dengan memperlihatkan cara-cara menanam cendawan. Secara tidak langsung dapat mendedahkan maklu...