Posts

Showing posts from June, 2014

POKET HATI

Sering sahaja kita mendengar kata-kata apabila seseorang itu telah tiada, baru kita akan merasai ketiadaannya. Ketika si dia berada di hadapan mata, kita tidak pernah menghargainya. Jika dahulu segala aktiviti, luahan perasaan dan sebagainya sering dikongsi bersama. Hampir setiap hari bermesej sebagai jabatan penghubung kerana di sia berada di negeri lain tidak menghalang untuk terus mengetahui perkembangan dirinya. Namun kini segalanya berubah di mana si dia tidak lagi berhubung seperti dahulu.Kadang-kadang bermesej, hanya aku yang bertanyakan soalan sedangkan si dia tidak lagi mengambil tahu segala tentang aktivitiku. Pernah dahulu aku menyatakan rasa yang aku tidak mempunyai perasaan terhadap dirinya kepada temannya sebenarnya hanya dusta belaka kerana aku berasa sedih apabila dimaklumkan si dia juga tidak mempunyai perasaan terhadapku. Kemungkinan maklumat hati ini telah disampaikan kepadanya dan ini yang telah terjadi. Ketika aku berasa sedih apabila dkhabarkan sedemikian rupa set...