POKET HATI
Sering sahaja kita mendengar kata-kata apabila seseorang itu telah tiada, baru kita akan merasai ketiadaannya. Ketika si dia berada di hadapan mata, kita tidak pernah menghargainya. Jika dahulu segala aktiviti, luahan perasaan dan sebagainya sering dikongsi bersama. Hampir setiap hari bermesej sebagai jabatan penghubung kerana di sia berada di negeri lain tidak menghalang untuk terus mengetahui perkembangan dirinya. Namun kini segalanya berubah di mana si dia tidak lagi berhubung seperti dahulu.Kadang-kadang bermesej, hanya aku yang bertanyakan soalan sedangkan si dia tidak lagi mengambil tahu segala tentang aktivitiku. Pernah dahulu aku menyatakan rasa yang aku tidak mempunyai perasaan terhadap dirinya kepada temannya sebenarnya hanya dusta belaka kerana aku berasa sedih apabila dimaklumkan si dia juga tidak mempunyai perasaan terhadapku. Kemungkinan maklumat hati ini telah disampaikan kepadanya dan ini yang telah terjadi. Ketika aku berasa sedih apabila dkhabarkan sedemikian rupa setelah aku telah membuka hati untuk jatuh suka kepadanya sedikit demi sedikit. Maka aku meneruskan hubungan sebagai sahabat kepadanya namun hubungan ini tidak lama setelah semakin lama si dia hanya mendiamkan diri. Aku pula tidak mahu dikatakan perempuan yang terhegeh-hegeh turut sama mendiamkan diri. Sesekali aku akan bermesej dengannya supaya hubungan tidak terputus begitu sahaja dan berharap agar masih ada harapan untuk si dia meluahkan rasa yang sama. Hajat itu tidak kesampaian kerana si dia bertindak untuk terus mendiamkan diri. Aku berasa sedikit kesal kerana menceritakan perasaan yang tidak benar kepada teman si dia, tetapi apakan daya masa tidak dapat diputar kembali dan aku harus redha. Terasa hati ini rindu juga untuk membaca mesej-mesej seperti "Pe bikin?","Layan jer","mana mie","pulok","ahaks" dan sebagainya. Akhirnya aku sedar bahawa aku hanya bertepuk sebelah tangan dari dahulu lagi dan aku hanya perlu menyimpan perasaan ini di dalam poket hatiku sebaiknya.
Comments
Post a Comment