YA ALLAH, YA TUHANKU!! I MISS HIM

Tidak tahu mengapa tetapi hati ini rasa rindu padanya walaupun sedar diri ini telah dibuang. Mungkin kerana setiap ulang tahun kelahiranku dia tidak pernah lupa untuk mengucapkan selamat hari jadi dan mendoakan perkara yang baik-baik untukku.. Namun tidak untuk tahun ini.. Walaupun aku masih menunggu dan mengharapkan ucapannya sehingga detik 12 tengah malam pada 28 Mac 2015, kerana berakhirlah hari jadiku pada ketika itu namun tiada juga ku terima sebarang mesej daripadanya. Kemudian baru aku sedar bahawa kini aku tidak dapat lagi menerima ucapan kelahiran untukku daripadanya seperti selalu kerana dia telah lupakanku. Sejak 4 tahun lalu, aku sentiasa tertunggu-tunggu ucapan daripadanya apabila setiap kali tiba tarikh 27 Mac. Terasa lengkap hari jadi ku itu dengan ucapannya sehingga ukiran senyuman tidak lengkang di bibir. Tahun ini kesayuan dan kedukaan yang menyelubungi jiwaku. Masih lagi tertanya-tanya persoalan di benak fikiranku " adakah dia masih ingat hari jadiku?"... Sejak aku pulang daripada mengerjakan umrah kenapa perasaan aku berubah? Ya Allah, apa yang sedang berlaku?...

Comments

Popular posts from this blog