Posts

Showing posts from 2014

Nota Lama

Image
Terjumpa nota ini dalam aplikasi note saya : Kita hadiahkan hati pada org supaya org akan simpan dan jaga dengan baik pemberian kita ini agar si penerima akan mengingati kita selalu.. Perasaan menjadi senang apabila si penerima menerima hadiah tu dengan wajah girang, menghargai dan menyayangi. Perasaan menjadi sayu, pilu dan kecewa apabila hati yg telah diberikan itu dicampakkan entah ke mana.. Jika tidak suka hadiah itu kenapa tidak dipulangkan kembali agar dpt dihadiahkan pula kepada org lain yg sudi menerima. Kenapa masih disimpan walaupun hadiah itu telah ditinggalkan di luar ruang kamar hatimu.. Tolonglah, sila pulangkan kembali kepada ku agar hadiah ini tahu dirinya masih punya harga diri.. 🌻Ketika hati tengah melayan perasaan.. Jiwang karat..sekali sekala..

POKET HATI

Sering sahaja kita mendengar kata-kata apabila seseorang itu telah tiada, baru kita akan merasai ketiadaannya. Ketika si dia berada di hadapan mata, kita tidak pernah menghargainya. Jika dahulu segala aktiviti, luahan perasaan dan sebagainya sering dikongsi bersama. Hampir setiap hari bermesej sebagai jabatan penghubung kerana di sia berada di negeri lain tidak menghalang untuk terus mengetahui perkembangan dirinya. Namun kini segalanya berubah di mana si dia tidak lagi berhubung seperti dahulu.Kadang-kadang bermesej, hanya aku yang bertanyakan soalan sedangkan si dia tidak lagi mengambil tahu segala tentang aktivitiku. Pernah dahulu aku menyatakan rasa yang aku tidak mempunyai perasaan terhadap dirinya kepada temannya sebenarnya hanya dusta belaka kerana aku berasa sedih apabila dimaklumkan si dia juga tidak mempunyai perasaan terhadapku. Kemungkinan maklumat hati ini telah disampaikan kepadanya dan ini yang telah terjadi. Ketika aku berasa sedih apabila dkhabarkan sedemikian rupa set...

Cinta palsumu

Image
Jika seseorang tidak sanggup berkorban dengan kita, adakah bermakna dia tidak sayangkan kita?? Cinta tidak mengenal kedudukan atau rupa. Ianya datang tanpa diundang sehingga hatiku merelakan dirinya untuk disakiti saban kali. Tidak bermakna  kah aku di matanya sehingga tiada daya usaha darinya untuk menjadikan aku halal untuk dirinya. Jadi apakah gunanya dia mendekatiku dengan hanya untuk menyakitiku. Aku dilahirkan oleh ibuku yang membesarkan dengan penuh kasih sayang bersama ayahku bukan untuk kamu melukakan hatiku. Aku punya hati perasaan untuk disatukan bersama hati cinta kasih mu yang tulus. Jika tiada sekelumit cinta kasih mu buat ku, kenapa kamu datang memberi harapan pasti kepadaku. Jika ku tahu begini jadinya aku tidak rela membiarkan hati ini dilukai dengan harapan palsu mu..

Happy New Year

Image