Lawatan Akademik ke Johor


Ini merupakan kali ketiga saya datang ke Johor. Pertama kali datang pada usia 11 tahun bersama keluarga, kali kedua pula semasa saya mengikuti rakan-rakan universiti membantu mangsa - mangsa banjir pada tahun 2006 (kalau tidak silap tahun). Yang menariknya tahun ini saya tiba lagi ke Johor    sebagai pegawai pengiring untuk program   Lawatan Akademik ke Johor. Kehadiran kali ini saya perlu memikul tanggungjawab menjaga pelajar-pelajar OKU. Walaupun mereka telah berusia 18 tahun ke atas tetapi kami masih perlu menjaga mereka seperti menjaga pelajar kanak-kanak kerana pemikiran mereka berbeza dengan rakan-rakan normal seusia mereka. Kehadiran kami disambut dengan sangat meriah oleh tempat-tempat yang dilawati. Urusan perjalanan kami sepanjang lawatan dipermudahkanNya walaupun terdapat juga masalah- masalah kecil yang masih boleh ditangani. Lawatan pertama ialah di Taman Cendawan dengan memperlihatkan cara-cara menanam cendawan. Secara tidak langsung dapat mendedahkan maklumat kepada pelajar untuk mengusahakan sendiri tanamam cendawan setelah tamat pembelajaran mereka kelak. Lawatan kedua adalah di Taman Nasuha iaitu memberi pendedahan ilmu berkenaan tanaman herba. Seterusnya kami terus ke homestay Parit Raja dan menginap semalaman di sana. Seluruh badan terasa penat dan badan sehingga saya boleh tertidur ketika rakan-rakan sebilik masih rancak berbual. Pada keesokkan hari kami meneruskan lawatan kami setelah makan pagi. Kami singgah di Ayer Hitam untuk membeli pelbagai jenis kerepek yang sememangnya menjadi kegemaran saya dan diperkenalkan pula dengan makan putu yang sedap (lupa nama penuh). Seterusnya kami ke Johor  Premium  Outlet (JPO) di mana saya tidak dapat membeli sebarang cenderahati untuk dibawa pulang kerana barangannya sangat la mahal. Aktiviti yang hanya dapat dilakukan hanya menangkap beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan memandangkan keadaan sekitarnya yang menarik seperti berada di luar negara. Kami makan tengah hari di Rumah Seri Kenangan Ungku Mohsin. Waaa banyak air mata keluar di sini kerana rasa sayu, simpati dan sedih mengenangkan warga tua yang tiada lagi tempat bermanja bersama keluarga dan mereka menghabiskan sisa hidup mereka di sana.   Mereka sering menyebut anak-anak yang tidak datang menjenguk dan dapat dilihat wajah sayu mereka. Rombongan kami yang datang ini mungkin sebaya anak dan cucu mereka menambahkan lagi kesayuan hati mereka. Kami berehat dan bermalam di Hotel Selesa yang sememangnya sangat selesa dan melenakan tidur malam kami. Pada hari terakhir kami ke Muzium Layang-layang dan makan tengah hari di PDK Johor. Sambutan mereka seperti menyambut rombongan pihak lelaki dalam sebuah majlis perkahwinan. Ramai staf yang telah berkahwin mengatakan kenangan mereka terusik kembali melihat kemeriahan sambutan mereka yang disertai dengn kompang, bunga manggar dan persembahan tarian serta nyanyian penduduk di sana. Makanan yang dihidangkan pula adalah nasi beriani bagaikan kami menghadiri majlis perkahwinan. Saya sempat membeli telur masin sebagai tanda sokongan galakan kepada hasil usaha mereka. Kemudian kami terus bertolak balik ke Selangor dan singgah sebentar di Nilai, Negeri Sembilan. Secara keseluruhan keseronokan itu terpancar di wajah kerana telah lama saya tidak menjejaki ke Johor namun rasa terkilan juga kerana tidak sempat membeli cenderamata kenangan dari Johor. Walaupun boleh membeli barang-barang biasa di tempat sendiri tetapi sekurang-kurangnya barang yang dibeli itu adalah dari johor,tempat yang kami lawati pada akhir tahun 2013. Itu lah yang menjadi kenangannya. Satu lagi hati saya agak panas sebab sering menjadi bahan usikan  golongan staf lelaki sehingga menjadikan ketenteraman saya tergugat. HUHU. Dipanjangkan doa agar tahun akan datang saya tiba lagi ke sana bersama keluarga pula sebab lebih bebas dengan tidak terikat pada sebarang jadual yang padat. Tambahan pula Teringin juga hendak menjejakkan kaki ke Legoland yang sebelum ini hanya dapat disaksikan melalui gambar-gambar orang lain yang telah ke sana.
Taklimat dahulu di Taman Cendawan

Beginilah cara menanam cendawan. Daripada serbuk akar kayu.
Cendawan Ling Zhi
Inilah cara menaikkan pelajar berkerusi roda ke dalam bas. Bas ini perlu diubahsuai terlebih dahulu..
Di Johor Premium Outlet
Berkenan dengan dinding ini. Nak buat satu kat rumah.
Naik train di Taman Nasuha
Ubatan herba
Suasana di restoran Taman Nasuha
Lelaki yang terlupa jantinanya

Sambutan di Rumah Seri Kenangan juga ada persembahan. Kami tidak dibenarkan mengambil gambar di sepanjang lawatan ke sana.
Muzium Layang-Layang
Disambut dengan kompang di PDK
Disambut dengan bunga manggar
Disambut dengan tarian melayu.
Dinding cantik weh 
Di hadapan Burberry sahaja

Comments

Popular posts from this blog

YA ALLAH, YA TUHANKU!! I MISS HIM