Hidup Adalah Pilihan

Sudah setahun lebih saya tidak mencurahkan idea di dalam blog ini walaupun blog saya ini telah wujud. Artikel sebelum ini pun sudah banyak saya buang. Sebabnya. :-) ★★★... Untuk kali ini saya  ingin kongsikan kata motivasi yang ucapkan di depan para pelajar semasa perhimpunan pagi. Kata motivasi ini telah saya dengar dari ikim.fm.
Hidup ini adalah pilihan dan kita yang memilih untuk melihat sesuatu dengan pandangan yang mana. Pandangan mata kita diibaratkan seperti pandangan mata dua ekor serangga.  Pertama adalah mata lebah dan kedua adalah mata lalat. Mata lebah adalah mata yang melihat benda-benda yang manis dan wangi diibaratkan kita melihat sesuatu perkara dengan cara yang positif dan baik. Manakala mata lalat pula adalah mata yang melihat benda-benda kotor dan busuk. Oleh itu kita sendiri yang perlu memilih untuk melihat sesuatu perkara dengan mata yang mana. Hidup juga adalah pilihan. Jika memilih untuk hidup begini maka beginilah jadinya. Kerjaya saya sendiri sekarang bukan atas pilihan saya. Saya tidak pasti adakah ini jalan terbaik untuk saya. Walaupun  ianya bukan pilihan namun saya tidak pula memilih untuk terus mundur. Jadi saya perlu buat pilihan untuk terus mempelajari ilmu Allah ini dan memperbaiki diri saya selagi hayat masih ada. In sha Allah..

Comments

Popular posts from this blog

YA ALLAH, YA TUHANKU!! I MISS HIM