Nasib atau Ketentuan

Tiada siapa yang tahu apa akan terjadi pada masa hadapan. Bila sesuatu yang terjadi pada diri saya, memang saya rasa sedih dan sering juga saya menangisi nasib saya. Namun di satu sudut perasaan itu saya masih terfikir ini adalah ujian, dugaan dan balasan yang saya harus terima atas perbuatan saya pada masa lalu dan kini. Saya manusia biasa akan berasa lemah apabila menghadapi sesuatu dugaan tetapi saya juga harus cepat- cepat sedarkan diri agar keadaan pilu tidak berpanjangan  sehingga saya sendiri lupa pada Allah. Saya pernah belajar rasa seronok berada di alam percintaan dan juga kekecewaan.  Walau bagaimanapun saya tetap  bersyukur merasai nikmat kekecewaan dan kedukaan kerana saya rasa lebih memahami situasi perasaan orang lain jika ada individu  bercerita kekecewaan dalam percintaan dengan saya. Sekurang-kurangnya saya merasai pengalaman tersebut untuk saya membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi. Kini saya cuba memahami pula bagaimana rasa nikmat kebahagiaan orang lain yang tiada pada saya. Nikmat kebahagiaan perkahwinan, mempunyai anak, mempunyai hubungan yang saling menyayangi  dan ambil berat antara satu sama lain. Pada masa sekarang saya tidak merasai kebahagiaan itu tetapi saya yakin akan merasainya juga. Saya yakin Allah akan menemukan jodoh terbaik untuk saya di dunia ini yang  berkekalan sehingga di akhirat. Saya harus berfikiran positif di mana  mungkin saya tidak merasai keadaan hubungan yang sebegitu lagi pada masa sekarang kerana ianya akan menjadi lebih indah selepas berkahwin kelak. Namun saya percaya segala ketentuanNya adalah untuk melihat kesabaran, ketabahan, ketakwaan dan keimanan hambaNya. Tiada istilah nasib di sini kerana setiap apa yang berlaku sememangnya adalah takdir dan ketentuanNya. 

Masa itu emas. Jangan ditangguhkan dan dilengahkan dengan sesuatu yang tidak bernilai dan membuang masa.

Indahnya ciptaan Yang Maha Esa.. Apabila kita stress  pandanglah keindahan ciptaan Allah disertai zikir dan segala pujian hanya pada Allah.


Comments

Popular posts from this blog

YA ALLAH, YA TUHANKU!! I MISS HIM