Program Minggu Suaikenal & Orientasi 2015
Lawatan sekitar Institusi-masing-masing kelihatan masih kabur dan keliru lagi
Salam Perkenalan-Siapa Aku,Siapa Dia: berkenalan dengan rakan-rakan sekeliling. Ada yang seperti takut, seronok dan ada juga sudah mengusha pasangan..
Pembentukan kumpulan-nama-nama kumpulan mengikut idea mereka tidak menunjukkan kecemerlangan dan jati diri.
Aktiviti moral bersama pelajar-pelajar non muslim
Tolong-menolong pelajar yang perlukan sokongan. Pada mulanya pelajar ini agak pasif dan kemudiannya berubah kepada suka bercakap dan menyakat orang lain selepas orientasi..
Menyelesaikan permasalahan melalui aktiviti Si Karun Punya (explorace)
Kecoh apabila pelabur-pelabur berebut2 untuk mendapatkan tender..
Saudara dari Arab yang berjaya membeli orang yang boleh dijadikan suruhannya
Demonstrasi kebakaran. Cara pemadaman api jika berlaku kecemeasan kebakaran.
Lawatan dan aktiviti bersama penghuni di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah Seremban
Kanak-kanak ini begitu manja dan penyayang. Kadang-kadang dapat dirasakan kasih sayang kanak-kanak lebih ikhlas berbanding orang dewasa
Muhasabah diri-ada pelajar sampai tertiarap, terbaring dan meraung ketika ini. Lakonan sebagai jenazah juga dilakukan dalam aktiviti ini. Selepas aktiviti ini, ada kejadian misteri yang telah berlaku kepadaku ketika aku di rumah kawanku. Aku terlelap di ruang luar bilik tingkat atas, pada mulanya aku ternampak bayang lalu di belakangku dan aku berpaling kerana menyangkakan kawanku yang lalu. kejadian seterusnya aku terdengar orang memanggil namaku dengan panggilan "Mira" dan sekali lagi aku menyangka kawanku yang memanggil tetapi sebenarnya bukan juga sebab dia lena saja di pembaringannya.
Bakat terpendam pelajar-pelajar yang dapat dicungkil. Alhamdulillah akhirnya selesai juga Program Minggu Suaikenal dan Orientasi Pelajar 2015
Sekian...













Comments
Post a Comment