BEG SAHABAT
Sejak dari kecil lagi saya dan beg tidak dapat dipisahkan. Dengan adanya beg yang dibawa ke mana-mana memudahkan diri ini mendapatkan barang-barang keperluan ketika diri ini memerlukan dan barang-barang tersebut tidak diletakkan merata. Sebagai contoh menjadi keperluan saya untuk menitikkan water drop ke dalam mata disebabkan mata sentiasa kering memandangkan saya telah menjalani lasik pada 3 tahun lepas. Baru usia ini saya dapat merasakan dunia ini luas dengan tiadanya cermin mata diwajah saya. Alhamdulillah. Saya mula menggunakan cermin mata pada usia 10 tahun. Sejak daripada itu, saya tidak pernah menanggalkan cermin mata dan menjadi keperluan yang amat penting. Namun sekarang saya tidak perlu sentiasa menggunakannya lagi cuma sekali sekala sahaja saya memakainya kerana saya silau. Huhu nasiblah. Kemudian, saya juga membaca buku di waktu senggang. Namun untuk membawa buku ke mana-mana agak membebankan jadi saya meringkaskan bacaan dan mencatatkannya di dalam note kecil. Maka mudahlah saya mengecilkan keperluan barang di dalam beg kecilku.
Berbanding dahulu, saya gemar mengumpulkan pelbagai koleksi beg, sekarang tidak lagi. Kini saya lebih gemarkan beg yang memudahkan saya mendapatkan barangan keperluan dan meringankan beban bahu saya ini. hihi
Comments
Post a Comment