CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK

Berjanji tetapi tidak ditunaikan, malah mengkhianati dan melukai hati orang serta langsung tiada permohonan maaf di atas penipuan itu. 


http://ms.wikipedia.org/wiki/Ciri-ciri_orang_munafik

Aku? Boleh ke aku memaafkan dia jika ada permohonan maaf dihulurkan. Ya, Aku boleh maafkan dia kecuali  jika ibu dan ayah aku turut memaafkannya. Kenapa? Sedangkan Nabi pun maafkan umatnya. Betul sebab itu aku maafkan cuma bukan waktu dan ketika ini. Disebabkan ibu dan ayah aku adalah nyawa aku. Jika ada sesiapa yang melukakan hati mereka, perasaan sakit turut aku rasai. Ya.. Ibu dan ayah ku berasa sangat kecewa dan sedih kerana dia melukakan hati anaknya yang seorang ini dan dia juga pernah memberi janji kepada ibu dan ayahku sehingga sekarang mereka masih mengingatinya. Ibu bapa mana yang tidak berasa sedih apabila anak kandung darah dagingnya sendiri dilayan seperti sampah dan dianggapnya ku ini bagai tiada hati perasaan. Memang aku melabelkan dia seorang yang kejam yang tiada hati perut. Sampai ibu pernah menyuarakan rasa kesal dan memohon maaf atas kesilapannya  kerana memperkenalkan dia kepadaku. Itu bukan salah ibu pun. Mana ibu hendak tahu orang yang dia kenal dan sayang sejak 20 tahun itu mampu berbuat demikian. Sebelum aku mengenali dia pun, aku sering mendengar cerita kebaikan dia daripada ibu ku. Jadi bila ibu memperkenalkan dia kepada aku, saya yakin ibu ku tidak silap. Secara jelasnya bukan salah ibu. 

Dan kini, walaupun ada juga kenangan manis aku dengannya namun setelah dua kali dia melakukan perkara yang sama tanpa ada sesalan maka tiada satu kenangan manis yang aku dapat ingati. Cuma yang tinggal kenangan manis dapat mengenali keluarganya yang baik-baik semuanya. 

Comments

Popular posts from this blog

YA ALLAH, YA TUHANKU!! I MISS HIM