KELEBIHAN DI SEBALIK KEKURANGAN
Allah Maha Adil... Sebalik kekurangan diberiNya nikmat kelebihan. Walaupun terdapat kesukaran pada mereka dalam menjalani kehidupan seharian mereka, namun terdapat bakat hebat yang ada pada mereka. Pernahkah kita membayangkan bagaimana golongan Orang Kurang Upaya ini boleh makan, salin pakaian, memindahkan diri dari katil ke kerusi roda. Namun kebiasaan pada diri mereka laluinya dan kekuatan yang Allah berikan maka mereka mampu. Mereka mampu melakukannya lebih daripada orang normal. Namun disebabkan stigma masyarakat yang ada pada mereka menyebabkan mereka dipandang serong. Oleh itu, apa salahnya jika kita membuka sedikit minda kepada agar peluang dan ruang dapat diberikan kepada mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam menentukan matlamat kehidupan mereka. Berikan mereka peluang untuk kelebihan mereka kerana mereka sebenarnya mampu melakukannya jika kekurangan tidak dilihat sebagai keutamaan dan persepsi penghalang kepada golongan ini.


Comments
Post a Comment